Kumpul maklumat status pendaftaran rumah ibadat

Kumpul maklumat status semua rumah ibadat

IPOH, 13 Mac – Polis Perak kini sedang mengumpul maklumat mengenai status pendaftaran semua rumah ibadat yang terdapat di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuan pengumpulan: memudahkan pemantauan aspek keselamatan dan mengenal pasti isu lebih awal.
  • Polis akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri selepas pengumpulan untuk menentukan tindakan selanjutnya.
  • Kerjasama antara polis dan pihak berkuasa negeri penting untuk meneliti jumlah rumah ibadat berdaftar serta tidak berdaftar.
  • Isu ini perlu ditangani secara berhemah bagi memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, langkah tersebut diambil bagi memudahkan pemantauan aspek keselamatan selain memastikan sebarang isu dapat dikenal pasti lebih awal.

Menurut beliau, pihak polis juga akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya selepas proses pengumpulan maklumat selesai.

“Kerjasama antara polis dan pihak berkuasa negeri penting bagi meneliti jumlah rumah ibadat yang berdaftar serta yang tidak berdaftar di negeri berkenaan”, katanya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis serta Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Ketua Polis Daerah di Ipoh.

Tegas beliau, perkara tersebut perlu ditangani secara berhemah bagi memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara.