KOTA KINABALU, 20 Jun- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan seramai 150,000 peserta kanak-kanak terlibat Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH tahun ini.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, program itu berjaya meningkatkan kefahaman kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
Ia dilaksanakan sebagai menyokong komitmen negara untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah penderaan, pengabaian, eksploitasi dan sebarang bahaya selaras Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.
Perkara itu termasuk isu berkaitan buruh kanak-kanak dan tidak bernegara.
Teks ucapan beliau pada Persidangan Advokasi Kanak-Kanak 2025, disampaikan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah.
Pada tahun lalu, seramai 1,181 kanak-kanak di Sabah memerlukan perlindungan berbanding 954 yang direkodkan pada 2023.
Tahun lalu, sebanyak 337 buah sekolah, dengan lebih 128,000 kanak-kanak dan lebih 189,000 peserta terlibat dalam gerakan kebangsaan untuk perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.