fb fb fb fb fb

KPT salur bantuan, bawa pulang jenazah pelajar Malaysia yang terkorban di New Zealand

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

LUMUT, 30 Mac- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan urusan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ketika ini, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Beliau turut memaklumkan bantuan juga akan disalurkan kepada tiga lagi pelajar Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

"Sehingga kini, kita belum dapat maklumat lengkap. Bagaimanapun, pihak KPT akan mendapatkan maklum balas itu daripada Kementerian Luar Negeri (KLN)."

"Pihak kementerian akan sedia membantu perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan-keperluan itu, supaya proses termasuklah proses penghantaran," kata Datuk Seri Zambry kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa di Maahad Tahfiz Bayt Al Ikhlas, Kampung Padang Tembak, di sini.

Dalam insiden pukul 1.45 tengah hari tadi, dua pelajar Malaysia yang maut dikenal pasti Nur Firas Wafiyyah dan Muhammad Faris Mohd Fairusham.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM