fb fb fb fb fb

KPM tiada kuasa sekat, tarik balik terbitan bukan di bawah kementerian

KUALA LUMPUR, 1 November- Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik atau menggantung mana-mana buku atau bahan bacaan yang tidak diterbitkan oleh pihak kementerian atau agensi-agensi di bawahnya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM hanya bertanggungjawab memastikan buku-buku yang dikeluarkan melalui proses ditetapkan.

Beliau mengulas mengenai satu hantaran di media sosial baru-baru ini berkenaan tangkap layar dipercayai satu daripada muka surat sebuah buku rujukan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5.

Buku rujukan tersebut yang dipercayai terbitan sebuah syarikat swasta memaparkan kesilapan gambar wajah Tun V.T. Sambanthan pada muka surat itu yang menimbulkan rasa kurang senang dan terkilan kepada anak mendiang, Deva Kunjari Sambanthan.

"Semakan kami mendapati buku yang dirujuk itu dikeluarkan oleh pihak swasta, bukan buku dikeluarkan KPM, kita punya bidang kuasa di KPM adalah (semakan) buku-buku yang dikeluarkan KPM.

Itu tumpuan utama KPM untuk mengusahakan yang terbaik supaya buku-buku itu merangkumi data-data dan fakta telah disemak kesahihannya," katanya selepas melancarkan Kamus Dewan Perdana di sini.

(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada
Majlis Perasmian Kamus Dewan Perdana, di sini)

 

Media Baharu