fb fb fb fb fb

KPM teliti garis panduan baharu pemilihan penceramah motivasi di sekolah - Radzi Jidin

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 12 September - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti garis panduan baharu terhadap pemilihan penceramah motivasi untuk program motivasi anjuran sekolah seluruh negara.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata tindakan tersebut wajar dilakukan demi mengelakkan dari berlakunya perkara tidak diingini membabitkan pelajar sekolah.

(Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin)

“Kita sedar akan perkara yang berlaku dan sekarang pihak kementerian sedang memperincikan proses membabitkan garis panduan berkaitan pemilihan penceramah motivasi.

“Kalau kita perincikan semua perkara, nanti ada yang mengatakatan KPM nak kawal semua namun kalau tiada penyelarasan dan pantauan akan terjadi masalah seperti yang dibangkit," katanya dalam sidang media selepas Program Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan Sektor Perancangan dan Pembangunan, di sini.

Radzi Jidin, diminta mengulas kes amang seksual yang dilaporkan baru-baru ini membabitkan seorang penceramah bebas.

Walaubagaimanapun tambah Radzi, garis panduan sedia ada masih terpakai sehingga KPM mengeluarkan garis panduan yang baharu.

Media Baharu