PUTRAJAYA, 1 November- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan pihaknya sentiasa menghormati kebebasan media serta menghargai peranan penting wartawan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
Menurut kenyataan KPKT, sidang media pelancaran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestarian Bandar atau 'I Lite U' bertujuan memperkukuh promosi pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Kementerian turut menjunjung martabat Bahasa Melayu apabila keseluruhan sidang media dijalankan dalam bahasa kebangsaan.
KPKT menegaskan selain kebebasan bertanya, pihak yang menjawab juga perlu diberi ruang untuk memberi penjelasan.
Selain itu, teguran berhemah penting bagi memastikan ketepatan fakta dan kefahaman bersama.