fb fb fb fb fb

KPKT perkenal PRR ganti projek PPR

Foto Arkib

TAWAU, 8 Oktober - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan reformasi perumahan awam di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 melalui pengenalan Program Residensi Rakyat (PRR) yang bakal menggantikan projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah itu sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI bagi menyediakan rumah mampu milik yang lebih moden, berkualiti dan lestari untuk rakyat.

"Sabah adalah negeri yang mempunyai paling banyak projek PPR di seluruh negara dan sebanyak 39 projek PPR telah dibina setakat ini. Kami turut berhasrat untuk membina satu projek terbaik mengikut piawaian dunia di negeri ini sesuai dengan pengiktirafan terhadap negara sebagai pembina rumah mampu milik terbaik di dunia bagi 2 tahun berturut-turut." katanya.

Jelasnya, Malaysia kini diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas dua projek perumahan negara berjaya meraih pingat emas FIABCI, World Prix d'Excellence Award bagi kategori rumah mampu milik terbaik di dunia, masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Program Residensi Rakyat dijangka menjadi penanda aras baharu dalam sektor perumahan awam negara, selaras dengan hasrat kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat menikmati kediaman yang selesa dan berkualiti tinggi.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN