fb fb fb fb fb

KPDNHEP tumpaskan penyelewengan petrol dan diesel bernilai lebih RM6,000

PADANG BESAR, 29 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi petrol dan diesel dalam satu serbuan kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Serbuan oleh lima anggota penguat kuasa diketuai Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Mohammad Amir Abdullah di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Melayu, Padang Besar.

Menurut Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Mohammad Amir Abdullah, pemeriksaan awal menemui tujuh tong drum dan dua tangki yang disyaki mengandungi petrol dan diesel.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, enam tong drum dan satu tangki simpanan itu mengandungi petrol sebanyak 2,395 liter dan satu tangki simpanan lagi diisi dengan diesel sebanyak 850 liter dengan nilai keseluruhan RM6,736.25.

Pihak KPDNHEP turut menyita dua buah kenderaan berpendaftaran Thailand yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan petrol dan diesel berkenaan, namun tiada tangkapan dibuat.

Tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


(Serbuan oleh anggota KPDNHEP berjaya tumpaskan aktiviti penyelewengan petrol
dan diesel di Padang Besar)

 

Media Baharu