fb fb fb fb fb

KPDN tumpaskan sindiket seleweng minyak diesel bersubsidi nelayan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Mac- Satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kepada nelayan tumpas dalam satu serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besar, Selangor pada 5 Mac lalu.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali dalam satu kenyataan memaklumkan sindiket tersebut telah lama beroperasi melibatkan penyelewengan subsidi diesel nelayan pada skala besar.

Tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki wakil pemilik premis, pemandu kenderaan dan penjaga premis.

"Serbuan dibuat hasil risikan yang mendapati premis berkenaan dijadikan stor haram penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi tersebut," kata kenyataan itu.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM187,350.

KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Individu yang melakukan kesalahan membabitkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM