fb fb fb fb fb

KPDN Kelantan komited banteras penyeludupan barang bersubsidi ketika banjir

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail

KOTA BHARU, 24 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan mengadakan operasi bersepadu dengan agensi keselamatan dalam usaha mengawal penyeludupan barang bersubsidi ketika banjir, di negeri itu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata operasi tersebut akan menumpukan kawasan sempadan terutama di sepanjang Sungai Golok.

Katanya, operasi bersepadu dilancarkan bagi memastikan kawalan di sekitar sempadan dapat diperketatkan terutamanya ketika musim banjir.

Walaupun pihaknya agak sukar mengawasi sempadan Kelantan sepanjang 96 kilometer itu, namun tindakan tidak mustahil untuk menghalang aktiviti penyeludupan.

Menurutnya, pengawasan KPDN berjalan seperti biasa dan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai serta anggotanya ketika musim banjir.

"Sebenarnya kita telah adakan satu operasi bersepadu mungkin dalam awal bulan Disember bersama-sama agensi-agensi, kita akan buat operasi bersepadu itu; kita akan tunjukkan kawasan-kawasan sempadan. Kita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dab Kastam, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa itu, kata Azman selepas sesi Walkabout di Pasar Malam Mydin Tunjung, Kota Bharu sempena Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi).

Dalam perkembangan lain, Azman berkata seramai 1,372 peniaga seluruh negeri Kelantan telah mendaftar dibawah ReDi; ke arah pembayaran tanpa tunai.

Menurutnya peniaga tersebut telah mendaftar dan menggunakan e-wallet dalam transaksi perniagaan harian mereka.

TETITIA YUSOFF