fb fb fb fb fb

Kota pintar perlu berpaksikan nilai, budaya

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 September- Pembangunan Kota MADANI dan Smart City Kuala Lumpur adalah tekad kerajaan untuk memastikan Malaysia mampu bersaing dalam bidang ekonomi dan inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bukan sekadar menjadikan bandar lebih canggih, tetapi turut berpaksikan nilai, jati diri serta warisan bangsa.

“Seperti ditegaskan Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, kota adalah pusat atau pangkalan tamadun.

Manakala pemikir Amerika Syarikat, Mark Twain pula mengingatkan bahawa kota tidak seharusnya menjadi ‘hutan konkrit yang tandus budaya’,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Datuk Seri Anwar menambah, transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang sedang dirintis kerajaan melalui prinsip MADANI adalah wahana memperkasa rakyat.

Ia juga memperluas akses kepada peluang, serta memastikan semua warga dapat menikmati manfaat daripada kemajuan teknologi.

"Kota pintar mesti menjadi ruang hidup yang inklusif, lestari dan berbudaya, selain menegakkan keadilan sosial, kelestarian alam dan maruah nasional," ujarnya.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN