fb fb fb fb fb

Konvoi motosikal Perlis, semarakkan sambutan bulan kebangsaan

Foto FB KPDNHEP

KANGAR, 22 Ogos- Seramai 50 peserta daripada Gabungan Bikers Utara Negeri Perlis menyertai Program Kembara Merdeka Pengguna Negeri Perlis yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Konvoi singgah di beberapa lokasi, antaranya Rancangan Perumahan Awam Arau, Rancangan Perumahan Santan 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kangar, Stesen Petronas Kuala Perlis dan Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis.

Menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof, program yang dilaksanakan ini bagi menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Selain itu, peserta konvoi turut melaksanakan aktiviti berorientasikan rakyat dan pengguna dengan tema Program Kepenggunaan Teguh Bersama seperti mengacau bubur asyura di samping mempromosikan ilmu Price Catcher dan My Sales Tracker bersama penduduk di setiap lokasi hentian.


(Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof bersama tetamu VIP lain turut serta
dalam aktiviti memasak bubur asyura/FB KPDNHEP)

Turut hadir bagi menjayakan Kembara Merdeka Pengguna ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab, Pengarah KPDNHEP Negeri Perlis, Norazah Jaapar, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, penduduk setempat dan warga kerja KPDNHEP Negeri.

 

Media Baharu