fb fb fb fb fb

Konsulat Kazakhstan dibuka di Bayan Lepas

BAYAN LEPAS, 2 Oktober- Kazakhstan membuka pejabat konsulatnya di Pulau Pinang, ia merupakan julung kali ditubuhkan dan menandakan hari penting antara negeri itu dan Kazakhstan.

Negara ke-9 terbesar di dunia itu memilih Bayan Lepas sebagai lokasi pembukaan pejabat konsulat di negeri itu sekali gus meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Kazakhstan.

Menurut Duta Kazakhstan ke Malaysia Bulat Sugurbayev, dengan pembukaan pejabat tersebut ia akan membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi kedua-dua negara.

"Mengikut rekod kedutaan, kami ada lebih 10 orang pegawai ini sudah tentu sesuatu yang baik buat kami. Ia juga merupakan sesuatu yang kami nantikan.

"Warga dari Kazakhstan akan mendapat sokongan daripada konsulat dan menarik minat rakyat di Pulau Pinang untuk pergi ke Kazakhstan. Ia juga sebagai penggalak bagi kedua-dua negara untuk hubungan dua hala," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Dato Wira Louis Ng dilantik sebagai Konsulat Kazakhstan di Pulau Pinang.

Majlis itu disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah dari Kementerian Luar Negeri Malaysia Datuk Syed Bakri Syed Abd Rahman.

Bulat berkata, beliau gembira dan teruja dengan pembukaan Pejabat Konsulat Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang dan berharap dapat bekerjasama dengan negeri itu.

Konsulat Kazakhstan di Pulau Pinang bertindak sebagai agensi utama menjadi kebajikan warga negara itu selain mempromosi hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan.

(Bulat Sugurbayev)

Media Baharu