fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Iran harus temui titik noktah - Penganalisis

Penganalisis Keselamatan Antarabangsa Dr Noor Nirwandy Mat Noordin

KUALA LUMPUR, 19 April - Konflik antara Israel dan Iran harus menemui titik noktah demi menjaga kesejahteraan masyarakat di dunia, kata Konflik antara Israel dan Iran harus menemui titik noktah demi menjaga kesejahteraan masyarakat di dunia, kata Penganalisis Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.

Menurut Noor Nirwandy, sekiranya konflik di Asia Barat berterusan ia akan memberi tindak balas yang boleh menyebabkan kuasa peperangan di luar jangka sekali gus menjejaskan sektor ekonomi, kestabilan politik dan kewangan dunia.

Susulan itu beliau berharap apa yang telah diputuskan melalui mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Ahad ini dapat menghentikan konflik di rantau itu.

"Dan tidak ada sebarang serangan Israel terhadap Iran dan menumpukan ke arah penyelesaian konflik Palestin dengan Israel yang berterusan menyerang, menjajah dan melakukan kekejaman ke atas penduduk Gaza di Palestin.

"Dan masyarakat dunia harus mencari jalan membawa Israel ke muka pengadilan dan memastikan Palestin mendapat pengiktirafan sebagai ahli keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya ketika dihubungi RTM.

Semalam, negara haram Israel mempergiat operasi ketenteraan dengan melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Iran.

Tindakan itu dilakukan beberapa hari selepas serangan dron dilancarkan ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan rejim itu di kedutaan Iran di Syria.

GRACE AISYAH KEDAYAN