fb fb fb fb fb

Kod Etika Wartawan Malaysia, pacu media tempatan sebagai sumber dipercayai rakyat

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Kod Etika Wartawan Malaysia dijangka akan memacu media di negara ini sebagai sumber yang dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara serta fokus kepada etika tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat. 

"Kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebebasan pengamal media untuk menyampaikan maklumat dan pemberitaan tanpa halangan daripada pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada adalah untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam,"kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor pada persidangan Dewan Rakyat pagi tadi. 

Berhubung kad perakuan media, Fahmi menjelaskan pengeluaran kad tersebut bukan lesen bidang kewartawanan sebaliknya untuk memudahkan mereka membuat liputan terutama dalam program rasmi kerajaan. 

"Ia adalah dokumen pemudah cara kehadiran wartawan datang ke acara rasmi khususnya bagi kerajaan, saya beri jaminan Alhamdulilah setakat saya memegang portfolio ini tidak ada seorang pun wartawan ditangkap atau diheret ke mahkamah,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE