(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi yang sentiasa menunjukkan peningkatan.
Untuk itu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata empat teras agenda negara diperkenalkan bagi menjamin kesihatan rakyat secara menyeluruh.
Antaranya, pembudayaan hidup sihat, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, kawalan kesihatan kendiri dan kebersihan persekitaran dengan pendekatan menyeluruh.
Katanya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) terdapat peningkatan faktor risiko obesiti dengan peningkatan sebanyak 19.7 peratus pada tahun 2019 berbanding 17.7 peratus tahun 2015.
KKM menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) khususnya bagi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
"Target kita menjelang tahun 2025 adalah pengurangan penggunaan garam sebanyak 30 peratus, tiada peningkatan kadar obesiti iaitu ia kekal dibawah 15 peratus dan pengurangan sebanyak 10 peratus kepada aktiviti fizikal yang tidak aktif. Kemudian khusus bagi diabetis ini kita melakukan pemantauan melalui pengukuran darah dalam AMSA setiap tiga bulan. Tahun 2022 kita mendapati sebanyak 31.89 peratus pesakit diabetis telah mencapai kawalan yang baik," katanya ketika menjawab pertanyaan dikemukan wakil Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Dewan Rakyat di sini.
(Foto BERNAMA)