(FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
PUTRAJAYA, 9 Julai- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku produk stoking yang mendakwa mampu melindungi pemakainya serta meningkatkan kesihatan seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
KKM menegaskan, pihak tidak bertanggungjawab telah mengunakan nama KKM dan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan 'KKM berjanji untuk membayar balik jika ia tidak berkesan!'.
"KKM mengambil perhatian serius terhadap penyebaran maklumat palsu berkenaan.
"Ini boleh mengundang kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM tidak pernah memperakukan produk tersebut," jelas KKM menerusi Facebook rasmi.
Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengedar maklumat palsu yang terkandung salah faham dan tidak benar, demi keuntungan semata-mata.
Orang ramai juga dinasihat agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat tersebut.
"Berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran produk yang boleh menarik minat serta emosi dengan menyemak fakta dan maklumat di platform dipercayai," katanya.
(FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)