KUCHING, 27 April-Kementerian Kesihatan, KKM tidak akan mewajibkan pemakaian pelitup muka di sekolah, namun menggalakkan pemakaiannya.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM sememangnya mengesyorkan pemakaian pelitup muka semasa di sekolah.
"Kita tidak memikirkan untuk mewajibkan (pelitup muka) tetapi menggalakkan.
"Kita akan berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi garis panduan yang akan kita berikan kepada ibu bapa dan kanak-kanmak di sekolah", katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini.
Jelas Dr Zaliha, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau situasi penularan Covid-19 di negara ini dan menegaskan, keadaan masih terkawal meskipun terdapat peningkatan kes.
Garis panduan berhubung SOP membabitkan pelajar di sekolah, akan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan bermula 2 Mei ini.
(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)