fb fb fb fb fb

KJPK mekanisme semak, imbang di Parlimen

(Tan Sri Johari dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama
10 Pengerusi JKPK di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (KJPK) ke-15 telah melaksanakan penambahbaikan bagi menangani isu akar rakyat dan negara secara efektif.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, jawatankuasa itu salah satu daripada langkah reformasi institusi Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang serta institusi ulung yang terhormat.

"Kiita mengharapkan dengan kewudukan jawatankuasa ini membantu Parlimen menyelesaikan masalah-masalah ataupun isu dari masa ke masa.

"Saya yakin dengan peranan yang aktif dimainkan oleh pengerusi dan seluruh anggota dia akan akhirnya membuahkan natijah yang lebih baik untuk negara kita maju ke depan dan insya-Allah  isu-isu yang sebelum ini terhalang dapat leraikan," kata Johari dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama 10 Pengerusi JKPK di Parlimen di sini.

Beliau berharap JKPK Parlimen ke-15 ini akan menjalankan peranannya sebagai mekanisme semak dan imbang yang efektif dalam menangani isu-isu akar rakyat dan negara.

(Tan Sri Johari Abdul berkata, jawatankuasa itu salah satu daripada langkah reformasi institusi
Parlimen sebagai badan penggubal undang-undang serta institusi ulung yang terhormat)

Media Baharu