fb fb fb fb fb

Kitar barang terbuang secara pandu lalu


ALOR SETAR, 14 Januari - Kitar semula barang terbuang, kini boleh dilakukan secara pandu lalu.

Dengan cara itu masyarakat masih dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengitar semula barang terbuang secara betul.

Kaedah yang memudahkan pengguna itu telah dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah, bermula semalam.

"Di kenali sebagai Program Pasar Percuma @ Free Market secara pandu lalu hasilnya 1,322 kilogram barangan terbuang berjaya dikutip semalam."

"Program itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu di 7 Pejabat Cawangan SWCorp Kedah iaitu di Kubang Pasu, Alor Setar, Sungai Petani, Pendang Yan, Kulim, Sik, Baling dan Langkawi." Kata Pengarah SWCorp Kedah Nordin Amat di sini.

Semua barangan terpakai akan dihantar ke tempat penyimpanan sementara dibawah seliaan E-Idaman dan akan dihantar semula secara berperingkat pada setiap hari Khamis kepada pihak yang memerlukan , pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk terjejas banjir.

 

Media Baharu