fb fb fb fb fb

Kit keselamatan dan kit penghadang banjir antara persediaan MTL

Monsun Timur Laut dijangka membawa hujan lebat dan berlaku banjir / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 November - Menyediakan kit keselamatan dan kit penghadang banjir antara persediaan yang perlu dibuat bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka membawa hujan lebat dan berlakunya banjir.

Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UITM), Ir. Dr Suzana Ramli berkata selain pihak berkuasa membuat penyelenggaraan saluran perparitan dan sungai secara berkala dan komited menyalurkan informasi terkini mengenai hujan lebat, komuniti sendiri perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

"Community perlu ada kit keselamatan, sediakan kit keselamatan dan juga kit penghadang banjir. Okey ini memang banyak membantu sebab selepas banjir (pasca banjir), kita akan nampak rumah memang akan dimasukkan sampah sarap, selut, lumpur.

"Memang nak membersihkannya memakan masa dan tenaga dan juga wang ringgit. Jadi untuk mengelakkan masalah kerosakan harta benda ni penghadang banjir tadi perlu ada di setiap rumah.

"Ini boleh buat sendiri menggunakan pelbagai material," katanya selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, hari ini.

Trainee