fb fb fb fb fb

Kilang tutup operasi tinggalkan nota: 'Kami dengan ikhlas mohon maaf'

Sehelai kain rentang kelihatan digantung pagar utama kilang tertera permohonan maaf

BATU PAHAT, 20 Mac - Kilang yang terbabit dengan isu stoking tertera kalimah Allah menutup operasinya bermula hari ini.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke atas kilang terbabit mendapati keadaan lengang dan sunyi tanpa ada sebarang aktiviti pengoperasian.

Kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading ditutup selepas diserbu pihak berkuasa semalam.

Notis penutupan juga ditampal di pintu utama dengan tiada pemakluman tarikh penyambungan semula operasi 

Sehelai kain rentang juga kelihatan di gantung pagar kilang terbabit tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan," menurut notis itu.

Semalam, polis daerah Batu Pahat melakukan serbuan ke atas kilang terbabit dan selepas pemeriksaan menemui lima pasang stoking tertera kalimah Allah.
-

GRACE AISYAH KEDAYAN