NILAI, 7 Februari- Dua pekerja warga masing masing-masing dari Myanmar dan India cedera dalam kebakaran sebuah kilang di Nilai tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang yang berkeluasan 7,534 berlaku di bahagian di bahagian gudang proses minyak mentah sawit.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.09 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira pukul 1.19 tengahari dan pemadaman berjaya dipadam pada pukul 1.55 minit petang.
Kebakaran turut melibatkan sebuah skylift dan sebuah jengkaut.
Peratus kebakaran dianggarkan sebanyak 20 peratus.