fb fb fb fb fb

Kilang perkakasan paip musnah dijilat api

Kilang Paip Kuching di Jalan Stephen Yong terbakar

KUCHING, 16 April- Sebuah kilang milik syarikat perkakasan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Stephen Yong, Kilang Paip di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.52 malam.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, BBP Padungan dan BBP Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, kebakaran berkenaan melibatkan sebuah gudang pembuatan plastik jenis struktur tidak kekal.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada pukul 10.57 malam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI