IPOH, 14 Februari- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Bangunan Persenjataan Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Markas Briged Utara PGA Ulu Kinta, pagi tadi.
Turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan Komander Briged Utara PGA, Shahrum Hashim.
Bangunan dua tingkat bernilai RM6.9 juta itu menempatkan pejabat pentadbiran, bengkel senjata dan tempat penyimpanan stor senjata api.
Mula dibina pada 5 Februari 2021 dan siap sepenuhnya pada 7 Jun 2023 di atas tanah seluas 7,300 meter persegi.