fb fb fb fb fb

KESUMA menerusi JKKP rekod lebih 34,000 kes kecederaan pekerjaan pada 2022

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada tahun 2022 merekodkan sebanyak 34,216 kes kecederaan pekerjaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, angka berkenaan adalah 2.22 per 1000 pekerja iaitu yang terendah dibandingkan beberapa negara yang lain seperti Jepun, United Kingdom dan Australia.

"Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan berkaitan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) adalah Program OSH Compliance Support Program ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di sektor PKS.

"Pelaksanaan program pengurusan KKP yang bersistematik iaitu Verifikasi dan Peningkatkan Aras KKP Secara Berperingkat untuk PKS atau Stepwise OSH Level Verification and Enhancement for Small and Medium Enterprise (SOLVE 4 SME) adlaah untuk meningkatkan tahap pengurusan KKP di PKS," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim.

Awang Hashim bertanyakan soalan berkenaan jumlah kemalangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang telah direkodkan selain ingin tahu berkenaan pendekatan terkini yang diambil dalam meningkatkan kesedaran berkaitan KKP dalam kalangan majikan termasuk PKS.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI