fb fb fb fb fb

Kestabilan politik, kepimpinan negara di landasan yang betul

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 14 September- Kestabilan politik Malaysia ketika ini memperlihatkan kepimpinan negara berada pada landasan yang betul.

Buktinya, apabila kedudukan ekonomi dan nilai ringgit semakin kukuh.

Setakat semalam, nilai mata wang Malaysia melonjak kepada RM4.29 berbanding dolar Amerika, sekali gus memperlihatkan angka yang kukuh dalam tempoh 21 bulan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Bersama Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Sementara itu, pendirian Malaysia untuk terus mempertahan Palestin dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar turut menjadikan Malaysia negara dihormati di mata dunia.

Fahmi berkata, imej Malaysia di persada global ini perlu dikekalkan dengan semangat bersatu padu dan patriotik seiring konsep Malaysia MADANI.

Tambahnya, keharmonian kaum dan keunikan perpaduan yang ada di Sabah dan Sarawak mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang sebenar.

Sehubungan itu, beliau mahu semangat yang sama dipraktikkan rakyat Malaysia di seluruh negara.

ROSLINA BINTI DIN