fb fb fb fb fb

Keselamatan makanan antara tumpuan belanjawan 2023 - PM


KUALA LUMPUR, 28 Januari - Isu keselamatan makanan akan menjadi fokus utama dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara lain bajet tahunan tersebut akan turut menyentuh isu pemusatan alam sekitar.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Import makanan terlalu tinggi, jadi ini hal-hal yang kita akan berikan tumpuan dalam belanjawan dan saya dengan pasukan di kementerian kewangan telah teliti memorandum daripada ACCCIM..cukup tebal dan banyak isu dibangkitkan tapi mmebantu kita sebenarnya.saya mabil kira beberapa pandangan itu," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan perpaduan juga memperkenalkan dasar-dasar baharu yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat terutamanya dari aspek ekonomi.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina 2023 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, ACCCIM.

Sebelum ini, Belanjawan 2023 dijangka akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari depan.

Media Baharu