KOTA BHARU, 11 Jun- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) akan membangunkan kawasan industri di Tanah Merah sebagai inisiatif terbaharu untuk memajukan lagi wilayah itu.
Pengerusi KESEDAR Datuk Zawawi Othman berkata, projek berimpak tinggi dikenali sebagai KESEDAR Industri Park (KIP) itu membabitkan keluasan tanah antara 130 hingga 150 hektar.
Rancangan tersebut telah kita dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah dengan anggaran nilai projek berjumlah RM2 bilion.
Pihaknya juga akan menentukan projek berkenaan menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya bagi anak-anak KESEDAR.
"Yang penting ianya merangkumi peluang penambahbaikan dalam industri dan kita rangka supaya anak syarikat kita boleh untung," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KESEDAR bagi tahun 2023 di sini.
Majlis itu turut dihadiri Pengurus Besar KESEDAR Wan Muhd Rahimi Wan Salleh.
Mengulas lanjut, beliau berkata KESEDAR sebagai agensi pembangunan wilayah bawah Kementeriana Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerima peruntukan berjumlah RM3 juta tahun lepas bagi membantu masyarakat luar bandar menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Daripada jumlah itu sebanyak 34 unit bina baru PPRT dilaksanakan melibatkan peruntukan RM22 juta, manakala RM1.9 juta lagi diperuntukkan untuk membaik pulih 129 buah rumah.