fb fb fb fb fb

Kes Zayn Rayyan, tiada petunjuk baharu

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Disember-Tiada petunjuk baharu masuk hari ke-11 kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Tinjauan RTM mendapati anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiba kira-kira pukul 3.00 petang tadi dan menumpukan siasatan di tingkat 3 serta tingkat 4 di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sebelum dilihat keluar sekitar pukul 5.00 petang.

Difahamkan, pihak polis telah menjalankan siasatan hampir dua jam di tujuh buah rumah yang tidak berpenghuni bagi mencari sebarang bukti baharu melibatkan kematian kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pasukan terbabit menemukan sebarang bukti baharu untuk kes tersebut.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di sungai berhampiran rumahnya, sekitar pukul 10.00 malam.

Artikel Berkaitan:
KPWKM sedia bantu khidmat kaunseling kepada keluarga Zayn Rayyan
Lakonan semula bersama saksi kanak-kanak, PDRM teruskan rutin siasatan Zayn Rayyan
Dua kanak-kanak dakwa lihat Zayn Rayyan - Polis
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis temukan sehelai stoking dalam takungan air
Kes Zayn Rayyan, PDRM guna anjing pengesan di aras 3 dan 4 pangsapuri
Kes bunuh Zayn Rayyan, polis teliti pergerakan 'dashcam' kereta
Kes Zayn Rayyan, 48 individu dirakam percakapan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM