fb fb fb fb fb

Kes persenda agama, enam individu selesai beri keterangan - PDRM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Seramai enam individu termasuk tiga penyampai radio swasta hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung video tular yang didakwa mempersenda upacara agama lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan mengenai kes itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan video tersebut.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan siasatan terperinci susulan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio tersebut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM