fb fb fb fb fb

Kes harian baharu COVID-19 menyusut berbanding minggu lepas

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Kes harian baharu COVID-19 negara kekal tiga angka sepanjang minggu ini (17-23 Disember 2022) dengan jumlah kes susut 19 peratus kepada 6,121 kes berbanding 7,571 kes untuk tempoh yang sama minggu lepas.

Sebanyak 902 kes harian baharu dilaporkan semalam termasuk enam kes kematian dan lima kes import. 

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW, setakat semalam adalah sebanyak 5,022,144 kes. 

Kes aktif menurun kepada 14,382 dan 94.3 peratus (13,562 kes), daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Untuk pecahan kes mengikut negeri, daripada 902 kes, Selangor mendahului dengan 365 kes. 

Tiga belas negeri mencatat kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (91), Sarawak (76), Pulau Pinang (53), Kedah (48), Melaka (46), Perak (42), Negeri Sembilan (39), WP Putrajaya (34),Sabah (29), Pahang (24), Johor (23), Kelantan (16) dan Terengganu (10).

Kes satu angka dilaporkan di WP Labuan (4) dan Perlis (2).

Dengan sebanyak 5,022,144 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (173,336) diikuti oleh Brazil (70,4150 dan Korea Selatan (68,168).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,115,913 kes.-BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu