fb fb fb fb fb

Kes demam denggi di Melaka meningkat

(Foto BERNAMA)

ALOR GAJAH, 7 Mei- Kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 103.8 peratus kepada 322 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 29 April.

Exco Melaka, Ngwe Hee Sem berkata Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 241 kes diikuti Jasin (52 kes) dan Alor Gajah (29 kes).

Katanya, sebanyak 89 kes dilaporkan berlaku pada Januari, Februari (61), Mac (85 dan April (87 kes).

"Sepanjang tempoh sama, tiada kematian direkodkan dengan 14 lokaliti wabak keseluruhan dilaporkan.

"Daripada jumlah itu, empat lokaliti wabak aktif semasa direkodkan iaitu dua di Melaka Tengah serta masing-masing satu lokaliti di Jasin dan Alor Gajah.

"Jabatan Kesihatan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di tiga daerah berkenaan untuk melaksanakan program gotong-royong bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes khususnya di kawasan perumahan dan industri," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu