KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Polis tidak menolak kes penculikan seorang lelaki di Desa Petaling di ibu negara berkemungkinan ada unsur kepentingan dan kekurangan integriti diri kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Bagaimanapun siasatan kes yang membabitkan lima anggota polis telah selesai.
"Kita telah jalankan siasatan dan siatan telah selesai, memandangkan ia melibatkan anggota polis. Kita akan bawa kes tersebut ke Bukit Aman dan seterusnya akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya," katanya dalam sidang media selepas Program Back To School di Victoria Institution di ibu negara hari ini.
Allaudeen berkata rakaman percakapan kesemua suspek termasuk orang awam dan anggota polis terbabit telah diambil semasa dalam tahanan reman sebelum dibebaskan dengan jaminan polis Walaubagaimanapun Anggota polis yang terlibat belum dikenakan sebarang tindakan.