PUTRAJAYA, 8 April- Penurunan ketara kes COVID-19 direkodkan sejak Minggu Epidemiologi 1, tahun 2024 (ME 1/2024).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 17,256 kes berbanding 493 kes pada ME 14/2024, iaitu penurunan 97.1 peratus.
Kematian akibat COVID-19 juga menunjukkan trend menurun yang ketara dari 32 kes pada ME 1/2024 kepada satu kes pada ME 14/2024 iaitu penurunan sebanyak 95.5 peratus.
Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron, dengan subvariannya dan tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.
KKM dalam pada itu sentiasa memantau situasi terkini COVID 19 di peringkat negara dan global, selain melakukan pemantauan menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) yang digunakan sejak fasa awal pandemik.