fb fb fb fb fb

Kes bunuh Nuraina, KPWKM tawar khidmat kaunseling untuk keluarga

Foto BERNAMA

KUCHING, 27 Ogos- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia memberi bantuan dan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak perempuan orang asli berusia 10 tahun, dipercayai dirogol dan dibunuh pada 17 Ogos lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ketika ini, pihaknya menunggu laporan siasatan polis untuk tindakan lanjut bagi membantu keluarga mangsa.

"Kita beri mereka tempoh masa bertenang dahulu sebab mereka belum bersedia untuk bertemu orang lain. Kita perlu hormati kehendak keluarga," kata Nancy kepada pemberita hari ini, di sini.

Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berjumpa keluarga mangsa dan pihaknya akan memberikan bantuan susulan sejurus polis selesai menjalankan siasatan.

Berikutan itu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Nuraina Humaira Rosli, pada 16 Ogos lalu

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM