
AYER KEROH, 22 September – Sebarang kerjasama dengan parti politik yang terlibat di Melaka hanya akan diputuskan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
- Akan mengadakan rundingan dengan mana-mana parti dan menilai perbincangan serta tawaran yang dikemukakan.
- Keutamaan adalah memastikan keputusan menjamin pengurusan negeri bagi kepentingan rakyat Melaka.
- Menegaskan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dalam setiap keputusan.
- Sepanjang perkhidmatan, pelbagai masalah berjaya diatasi melalui pelaksanaan program bersama rakyat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan dengan mana-mana parti akan dilakukan selepas proses pembubaran DUN selesai, termasuk menilai perbincangan serta tawaran yang dikemukakan.
Beliau berkata, perkara paling utama adalah memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat menjamin pengurusan negeri demi kepentingan rakyat Melaka.
“Kita selesai DUN ini dululah, kemudian baru kita cerita pasal parti mana, hala tuju. Saya akan pastinya ada rundingan-runding dengan mana-mana parti yang terlibat dan akan menilai perbincangan kita dan tawaran-tawaran yang diberikan.
“Paling utama bukan kepentingan saya, tetapi kepentingan bagaimana kita nak menguruskan negeri ini untuk rakyat Melaka, demi rakyat, untuk rakyat,” katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ab Rauf berkata sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, pelbagai masalah berjaya diatasi menerusi pelaksanaan pelbagai program bersama rakyat.