KUALA LUMPUR, 5 Mac- Pemain industri menyambut baik kerjasama strategik antara Malaysia dan Arm Holdings.
Rata-rata memberitahu usaha tersebut membantu membangunkan ekosistem yang lebih lengkap bagi industri semikonduktor tempatan.
Ini termasuk pandangan Exco negeri Selangor, Ng Sze Han.
"Ini boleh menjadi perubahan besar bagi industri semikonduktor di rantau ini. Jadi, saya berharap dengan kerjasama Arm di Malaysia, kita dapat membangunkan ekosistem yang lebih lengkap bagi industri semikonduktor di Malaysia," kata Sze Han.
Hal sama turut disuarakan pelajar Advanced Semiconductor Academy of Malaysia, Daniel Faris.
"Semua reka bentuk IC dan sebagainya biasanya dibuat di luar Malaysia. Sekarang, mereka nak tarik semua pereka IC itu datang ke Malaysia lah.
Bila kita belajar pasal reka bentuk IC dan sebagainya, semua orang macam teruja. Ini adalah perkara baharu," kata Daniel.
Hari ini, Malaysia memeterai Kerjasama Strategik Industri Semikonduktor antara Malaysia dan Arm Holdings bagi memperkukuh ekosistem harta intelek (IP) dalam industri semikonduktor negara.