TAPAH, 8 Febuari- Seorang warga emas rentung, manakala dua kanak-kanak dan seorang wanita melecur selepas kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bidor Lama, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kenderaan berkenaan musnah 98 peratus.
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 4.49 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dengan dibantu anggota BBP Bidor ke lokasi kejadian.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.11 pagi dan operasi tamat pada pukul 6.30 pagi.
Mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.