Kerangka RESET langkah penting modenkan sistem kesihatan negara

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika ketika sesi panel Forum Ekonomi di Kuala Lumpur, hari ini/ RTM

KUALA LUMPUR , 5 Februari – Kerangka RESET diperkenalkan untuk menstruktur semula insuran dan takaful kesihatan serta meningkatkan ketelusan harga perubatan serta ubat-ubatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menstruktur semula insurans dan takaful kesihatan untuk ketelusan harga perubatan dan ubat-ubatan.
  • Menekankan pendigitalan kesihatan serta peluasan rawatan yang kos efektif.
  • Membaharui mekanisme pembayaran kepada penyedia untuk memastikan keberlanjutan sistem insurans.
  • Kerjasama antara kementerian, agensi kewangan dan penyedia kesihatan demi sistem mampan dan mampu milik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata RESET juga menekankan pendigitalan kesihatan, peluasan rawatan kos efektif dan pembaharuan mekanisme pembayaran kepada penyedia perkhidmatan.

“RESET adalah penyusunan semula insentif, bukan sekadar harga, supaya penjagaan kesihatan kekal mampu milik bagi pesakit. Kedua, ia memastikan sistem insuran kesihatan kekal lestari dan paling penting, ia juga perlu memberi manfaat dan dilaksana oleh penyedia perkhidmatan kesihatan” .

“Tanpa platform pembaharuan yang terselaras, penjagaan kesihatan swasta akan menjadi semakin mahal, insuran sukar dikekalkan dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam akan terus meningkat,” katanya ketika sesi panel Forum Ekonomi, di sini hari ini.

Jelas beliau, reformasi kesihatan menyeluruh dilaksanakan kerajaan bagi menangani kos perubatan tinggi, isu insurans, dan tekanan terhadap hospital awam.

Pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama erat pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

Selain itu ia juga mendapat kerjasama agensi kewangan, penyedia kesihatan dan industri untuk memastikan sistem kesihatan negara kekal mampan, mampu milik dan berdaya tahan.

Tambahnya, inflasi perubatan negara dijangka mencapai 15 peratus pada 2025 akibat penuaan populasi, peningkatan penyakit tidak berjangkit, kebangkitan penyakit berjangkit, dan penggunaan teknologi perubatan yang meluas.

Lebih 340,000 pemegang polisi turut menamatkan pelan insuran perubatan antara Januari 2024 hingga Jun 2025, membuktikan sistem pembiayaan kesihatan kini berdepan tekanan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan