PUTRAJAYA, 26 November- Kerajaan Perpaduan tidak akan membiarkan isu berkaitan agama dan kaum terus diperkotak-katikkan.
Ini menjadi kebimbangan yang semakin menular dalam kalangan rakyat sehingga menggugat perpaduan kaum.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 antara yang menjadi perdebatan hangat terutama dalam kalangan pembangkang.
"Saya tanya bila dicabar di Selangor tahun 2021, siapa perdana menteri pada masa itu? Siapa menteri undang-undang, mana pemimpin-pemimpin daripada parti Islam yang di dalam kerajaan masa itu, mengapa tidak ambil tindakan? 2021, 2022 Mei dicabar di kelantan tidak ada suara, sekarang seolah-olah kita yang menghalang, dia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2023 di Putrajaya.
Jelas Perdana Menteri lagi, perkara itu memerlukan kerjasama kepimpinan kerjaan demi memberi pemahaman jelas berhubung isu berkenaan.