fb fb fb fb fb

Kerajaan teruskan pemberian PKKP kepada pesara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

SUBANG, 21 Disember-Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keputusan itu dicapai Jemaah Menteri semalam.

"Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah berkuat kuasa 1 Disember 2024 dan kemudian dilengkapkan pada Januari2025 adalah berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

"Kerajaan memutuskan supaya amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa iaitu pada 1 Disemvber 2024 dan 1 Januari 2025", katanya demikian pada sidang media bagi menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa di sini.

Datuk Seri Anwar juga berkata langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup, sekali gus bukti keprihatinan Kerajaan MADANI selaras dengan konsep Ihsan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD