fb fb fb fb fb

Kerajaan susun langkah proaktif, pastikan rakyat tidak terbeban

(FOTO RTM)

IPOH, 16 Julai -Permasalahan rakyat yang saban hari terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup kini sedang ditekuni secara menyeluruh oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Inisiatif-inisiatif yang dirancang kerajaan telah dirancang dengan teliti agar tiada rakyat yang ketinggalan.

"Dalam membantu rakyat mendepani situasi ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kehidupan rakyat berada di tahap selesa.

"Kerajaan melancarkan pelbagai inisiatif melalui kerjasama strategik. Antaranya inisiatif kos sara hidup dan bantuan sumbangan tunai Rahmah bagi memastikan bebanan rakyat dapat dibantu", katanya menerusi teks ucapannya yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di sini.

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

Media Baharu