fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju beri pengecualian CGT dan FSI, unit amanah

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Kerajaan setuju memberi pengecualian Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI) melibatkan unit amanah.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengecualian CGT ke atas unit amanah berkuatkuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028, manakala pengecualian FSI pula berkuatkuasa 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.

Jelas beliau, hasil libat urus kementerian mendapati hampir 99 peratus pelabur unit amanah adalah melibatkan pelabur individu.

Justeru, keputusan itu diharap mampu menggalakkan amalan melabur dalam kalangan rakyat selain membolehkan mereka menikmati keuntungan hasil pelaburan untuk merancang masa depan.

Menerusi Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan akan mengenakan CGT sebanyak 10 peratus kepada keuntungan bersih hasil pelupusan saham bukan tersenarai syarikat tempatan.

Beliau berucap pada Majlis Peluncuran Identiti Baharu Bursa Malaysia di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN