fb fb fb fb fb

Kerajaan prihatin, penjawat awam perlu beri khidmat terbaik

Program Adat dan Tradisi Kampung Angkat MADANI JPA 2025 di Kampung Seri Layang, Seri Menanti

SERI MENANTI, 21 September - Golongan penjawat awam diseru meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat sebagai tanda balas dalam menterjemah keprihatinan kerajaan.
 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menegaskan, kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi perhatian kepada kesejahteraan penjawat awam, justeru ia wajar diterjemahkan dengan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

"Harapan saya agar mereka sentiasa memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan kerana tugas utama kita adalah untuk menyantuni rakyat.

"Jika perkhidmatan masih berada di takuk lama, maka tiada sebarang perbezaan meskipun kerajaan telah menaikkan gaji kita. Oleh itu, usaha perlu terus ditingkatkan sebagai tanda ucapan terima kasih kita kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Adat dan Tradisi Kampung Angkat MADANI Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2025 di Kampung Seri Layang, di sini.

Perkara itu bagi mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkaitan berita baik untuk golongan penjawat awam dalam Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI