fb fb fb fb fb

Kerajaan perkenal langkah strategik, tingkat sektor pertanian

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu / Foto RTM

PUTRAJAYA, 16 Januari-Sektor padi dan beras serta ruminan akan terus diberi tumpuan sepanjang tahun ini dalam sektor pertanian negara.

Pengeluaran padi tempatan kini hanya memenuhi 56 peratus keperluan negara, berbanding 71 peratus sebelumnya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata faktor seperti banjir dan kemarau turut mempengaruhi penurunan hasil.

Sehubungan itu, kerajaan akan memperkenalkan langkah strategik untuk meningkatkan pengeluaran padi tempatan.

"Perkara baharu yang kita kemukakan setiap pegawai atau kakitangan KPKM kena buat tanaman sayuran atau apa-apa tanaman di rumah mereka.

"Ini di antara cadangan yang dikemukakan oleh KSU, Datuk Seri Hisham supaya kita menjadi contoh kepada orang lain.

"Bercakap hal pertanian tetapi kita tidak buat sesuatu untuk diri dan keluarga yang yang dicuba dikemukakan oleh KSU", katanya di sini.

Jelasnya, selain itu, benih ternakan seperti lembu, kambing, dan kerbau akan diimport untuk meningkatkan bilangan ternakan tempatan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD