fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI akan terus perkasa agenda, memudah cara perniagaan - PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda dan memudah cara perniagaan, meskipun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang ke-45, hari ini.

Menerusi mesyuarat itu, perbincangan melibatkan rancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara.

"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus memantapkan serta mewujudkan landskap pembangunan yang lebih holistik.

"Pembabitan pihak kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan harus dipertingkat dengan memberi kelulusan bagi menjadikan Malaysia tumpuan para pelabur," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah Anwar, mesyuarat turut membincangkan mekanisme kawalan dan pengurusan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) bagi mengimbangi pulangan ekonomi tanpa menganggu kawasan hutan simpan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM