Kerajaan lulus tiga projek naik taraf pondok dan tahfiz di Negeri Sembilan

Foto BERNAMA

SENDAYAN, 15 MeiKerajaan meluluskan tiga projek pembaikan kecil melibatkan institusi pondok dan tahfiz di Negeri Sembilan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM800,000, sebagai usaha memperkukuh kemudahan pendidikan Islam di negeri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek dilaksanakan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
  • Institusi terlibat: Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah Kuala Sawah, Madrasah Az-Zaakiriin, Pondok Pesantren Darul Tauhid.
  • Kerajaan komited memperkukuh kemudahan pendidikan Islam bagi suasana pembelajaran selesa, kondusif dan menyokong kecemerlangan pelajar serta tenaga pengajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berkenaan dilaksanakan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Menurut beliau, antara institusi yang terlibat ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah Kuala Sawah, Rantau, Madrasah Az-Zaakiriin serta Pondok Pesantren Darul Tauhid, yang akan menerima penambahbaikan infrastruktur asas.

“Bagi institusi pondok dan tahfiz di Negeri Sembilan, kita telah meluluskan tiga projek melibatkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah Kuala Sawah Rantau, Madrasah Az-Zaakiriin dan Pondok Pesantren Darul Tauhid dengan tambahan peruntukan sebanyak RM800,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Belia Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan, kerajaan kekal komited dalam memperkukuh pembangunan institusi pendidikan Islam termasuk pondok dan tahfiz bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih selesa, kondusif serta menyokong kecemerlangan pelajar dan tenaga pengajar.