fb fb fb fb fb

Kerajaan lulus sistem TRIS, kumpul data semua pemegang kad UNHCR - Hamzah

(FOTO BERNAMA)

BATU KURAU, 23 Julai - Kerajaan meluluskan pelaksanaan Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) bagi mengumpul data semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Kelulusan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelaksanaan sistem itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat yang dilantik kerajaan selepas kajian mengenainya dibuat beberapa tahun lepas.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)



"Bila kita gunakan TRIS ini iaitu 'Tracking Imigration System' adalah untuk memastikan bahawa segala mereka yang ada di sini apabila kita telah daftarkan kedudukan mereka.

"Kita tahu mana mereka tinggal jadi kita akan memastikan bahawa selepas ini sesiapa saja yang mahu bekerja ataupun mahu melakukan sesuatu, akan kita pertingkatkan melalui polisi-polisi yang akan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya ketika ditemui selepas sesi townhall sempena program jelajah Kita Demi Negara, di sini.

Setakat ini, terdapat kira-kira 150,000 pemegang kad UNHCR di Malaysia yang direkodkan.

Media Baharu