fb fb fb fb fb

Kerajaan labur RM32 bilion bangunkan AHTV

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Sebanyak RM32 bilion akan dilaburkan bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta sepanjang fasa operasi.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak. Pelaburan daripada DRB-Hicom ini bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta 161,000 sepanjang fasa operasi," kata beliau dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Perdana Menteri turut menyatakan prestasi GLC dan GLIC semakin baik sepanjang tahun 2021.

Ia dibuktikan dengan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sebanyak RM48.6 bilion berbanding kerugian RM1.137 bilion pada tahun 2020.


(Foto BERNAMA)

Dalam pada itu, keadaan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih dan bertambah baik dengan pengagihan dividen sebanyak 6.1 peratus dan LTAT sebanyak 4.1 peratus.

Kedua-dua dividen ini adalah yang tertinggi sejak tahun 2018.

Media Baharu